Ringkasan Minggu Keempat



Minggu Keempat : 23 Mei 2011 - 27 Mei 2011

Bahagian Mekanikal : Meneruskan kerja-kerja pembinaan robot seperti yang dirancang, di samping memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan semasa pemasangan dijalankan.

Bahagian Elektrikal : Ujian demi ujian dilakukan ke atas robot bagi mengenal pasti kesesuaian aturcara dan peralatan yang digunakan, serta melancarkan pergerakan robot-robot tersebut.




Ringkasan Minggu Ketiga



Minggu Ketiga : 16 Mei 2011 - 20 Mei 2011

Bahagian Mekanikal :
Meneruskan kerja-kerja pemasangan robot mengikut rekabentuk yang telah dibincangkan.

Bahagian Elektrikal :
Membina pelbagai aturcara untuk menguji robot yang telah siap dibina bagi mendapatkan hasil yang mantap. Selain itu, litar dilukis dengan menggunakan perisian EagleCAD sebelum diterjemahkan di atas papan PCB.


Pengundian





* PUO'69 dalam Kumpulan B *




sumber : robofest



Ringkasan Minggu Kedua



Minggu Kedua : 9 Mei 2011 - 13 Mei 2011

Bahagian Mekanikal :
Kerja-kerja pemasangan ketiga-tiga robot (1 robot manual dan 2 robot automatik) dimulakan mengikut rekabentuk yang telah dirancang. Robot-robot tersebut akan dihantar ke PUO setelah selesai dipasang.

Bahagian Elektrikal :
Pengujian pada litar elektronik masih diteruskan, di samping mempelajari cara untuk mengaturcara mikropemproses dengan menggunakan satu perisian khas yang kami gunakan.





Jadual Minggu Kedua





Ringkasan Minggu Pertama




Minggu Pertama : bermula pada 3 Mei 2011 dan berakhir pada 6 Mei 2011.

Kami dipecahkan kepada 2 kumpulan :
1 - Bahagian Mekanikal - lokasi kerja di Tambun, Ipoh
2 - Bahagian Elektrikal - lokasi kerja di N006, PUO

Bahagian Mekanikal :
ditugaskan untuk menyiapkan gelanggang

Bahagian Elektrikal :
ditugaskan untuk memahami, memasang dan menguji litar dengan memasukkan aturcara yang akan digunakan pada hari pertandingan nanti selain mengosongkan bilik L3 sebagai lokasi pemasangan gelanggang kami.


Jadual Minggu Pertama